Sunday, 17 August 2014


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,



entry kali nie saya ingin menceritakan pengalaman saya berkelah di port dickson. perjalanan ke port dickson dari rumah pun baru 45mnit ,so takde la nak bermalam kat sini, dapat la jimat duet dari check in hotel. pantai teluk kemang memang popular di negeri sembilan. setiap hari ade saje pengunjung, hari cuti memang ramai la kan. nak mandi pantai pon sempit dah. kat tepi pantai nie memang banyak aktiviti.




aktiviti yang famous sekali kat pantai nie adalah banana boat. banana boat adalah aktiviti yang umum , sebab semua golongan boleh mencuba nya . memang best laa. saya naik yang harge rm15 tiga kali jatuh . mase pemandu boat jatuhkan yang gempak tu, masing2 tercampak. pening kepala air masuk telinga. selain itu , aktiviti pelampung Storm ada di pantai teluk kemang ini. saya rasa di melaka takde lagi benda ni. pelampung Storm harus diberi kredit kerana ia sememangnya menyeronokkan! tak percaya bole cuba. rasa macam tertinggal badan kat belakang sebab ia ditarik menggunakan boat laju. aktiviti paling mewah sekali di pantai nie, adalah jet ski. harge menyewa jet ski adalah rm150 setiap isian minyak penuh dalam tangki. mahal kan. saya pun tak merasa lagi nak bawa jet ski nie.









di pantai teluk kemang juga ada banyak gerai dan kedai kecil yang menjual macam macam barangan , semua ade di sini , kalah Tesco. mane yang tertinggal seluar mandi tu. bole je beli di gerai , jangan risau. bermacam  jenis makanan yang dijual di pantai nie. memang sentiasa ramai dengan pelanggan. masing2 lapar duduk tepi pantai kan. mane pelancong yang jauh tu , kat pantai nie juga terdapat pelbagai kraftangan untuk dibeli membuat kenangan.




di port dickson , selain beriadah di tepi pantai. terdapat juga tempat2 untuk di lawat. antara tempat pilihan adalah muzium tentera darat. untuk ke muzium tentera darat hanya mengambil masa 10mnit sahaja dari pantai teluk kemang. Masuk dalam kawasan Muzium Tentera Darat Port Dickson, dah boleh nampak deretan meriam dan kereta perisai yang pernah digunakan oleh Tentera Darat suatu ketika dulu.










Port dickson, satu tempat yang popular di Malaysia. setiap hari cuti sentiasa penuh dengan pelancong. tak pernah putus dengan pelancong. Mana yang jauh dari port dickson, di sini memang terdapat banyak hotel2 yang cantik. kalau nak datang hari cuti umum , booking la cepat2. senarai hotel di port dickson boleh lihat di sini.

No comments:

Post a Comment