Saturday, 2 August 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. dah masuk bulan 8 kan. baru first posting, jangan marah ye. Cuti raye pon busy bakar lemang je. okay. untuk first posting, nak cerita pengalaman ke pulau pinang pada cuti hujung tahun dulu. pulau pinang sape yang belum jejak lagi memang rugi beb. tersangat best. perjalanan saya sekeluarga dari melaka ke pulau pinang amik masa lebih kurang 9 jam sekali dengan berhenti rehat makan minum semua. perjalanan pergi saya sekeluarga sampai saje di butterworth ,untuk pergi ke pulau pinang, saya menaiki ferri sahaja. 



 menaik ferri hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit utuk sampai di pulau pinang.



model kita iaitu boss besar berada di jeti pulau pinang dengan terdapatnya bot-bot dari luar negara.

Sampai saje di penang, lokasi pertama adalah batu feringghi. Di sini saya sekeluarga mengisi perut dulu sebelum nak check in. banyak juga menu istimewa kat semua restoran pesisiran pantai nie. saya order air kelapa tepi pantai je. memang syadu beb, dengan pelancong luar dan pantainya lagi . dah macam kat hawai dah. sape yang nak cuci mata bole la sinngah ye.


permandangan pantai batu ferringhi yang mempunyai air pantai yang bersih dan pasir yang putih. kawasan pantai memang bersih.


lokasi seterusnya yang kami pergi di pulau pinang nie adalah bukit bendera. kat sini memang penat sikit laa. sebab nak tunggu train yang bawa naik ke atas bukit bendera tu memang lama kerana ramai pelancong lain. terpaksa la tunggu. tapi kalau dah sampai je atas bukit bendera tu. memang puas hati la dengan penat menunngu tadi . permandangan dari bukit bendera nie bole nampak satu pulau pinang nie. tak tipu la geng , memang betol2 jelas. setakat bangunan komtar bawah kite je. memang tinggi bukit bendera nie.



menunggu train untuk naik di bukit bendera



permandangan pulau pinang dari atas bukit bendera

setelah penat berjalan di bandar pulau pinang, lokasi terakhir kami sekeluarga adalah rumah seniman tanah air kita, iaitu Allahyarham tan sri p.ramlee. P. ramlee pon asal penang mesti ade yang tak tahu lagi kan. filem2 dia mase dia berdialog takde dengar loghat utara pon. Rumah tua tu telah dijaga dan di perbaiki sedikit untuk mengukuhkan dan dibuatsebagai tempat melawat. Di dalam rumahnya saya tertarik dengan cermin Allahyarham , cermin nya tebal dan besar. Katanya cermin itu sering digunakan Allahyarham hampir 15 minit mendandan rambut nya untuk  bersiap keluar.


big boss berada di hadapan rumah Allahyarham.


rumah Allahyarham yang sangat klasik


seterusnya gambar2 semasa di bandar Pulau Pnang.




jambatan pulau pinang.

sesiapa yang ingin melancong ke Pulau pinang saya nasihatkan seeloknya rancanglah perjalanan dengan masa yang sesuai. kalau boleh masa cuti skola tu pada hari minggu memang ramai orang pulau pinang nie.. cuti raya tahun baru cina jangan la pergi,orang cina je ramai kat sana. sesiapa was2 untuk ke sana takut sesat ke ape, rancanglah perlancongan anda dengan ejen-ejen perlancongan disana. pada yang berminat , bole la tgok pakej2 percutian di sini. memang puas hati.



No comments:

Post a Comment