Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Percutian ke pulau pangkor yang
sangat cantik, bersih memang memuaskan hati. Mula2 saje planning , big bos pun
dah bagi lampu hijau. Jadi lah makna nya kan..
peta pulau pangkor
Perjalanan saya ke pulau
pangkor dari Melaka mengambil masa tolak
berhenti makan, jalan sesak lagi, 6 jam baru la sampai ke lumut. Sampai je
lumut , kereta boleh di letak kan di tempat yang disediakan , memang tempat
parking untuk pelancong ke pulau pangkor, rm 10 bagi 24 jam. Siap bertingkat
lagi tempat parking nya tu. Turun je lif, pegi jeti untuk beli tiket feri ke pulau .
tempat letak kereta . bertingkat lagi tu
Naik feri tak de lah padat
sangat, sebab setiap feri sudah di hadkan. Takde la main sumbat je, so sume org
dapat duduk. Tapi ade juga yang nak berdiri, nak tengok luar . perjalanan naik
feri 15 minit dah sampai dah di pulau pangkor. Sampai je sana mula la ramai
offer sewa kete, teksi ape sume.
Saya sekeluarga check in di
teluk dalam resort, yang berkonsepkan chalet. Harga teluk dalam resort nie
murah sikit berbanding resort yang lain disini.Pada hari pertama di sini, kami
hanya dapat mencuci mata sahaja di kawasan resort sebab hujan pula malam tu.
kawasan teluk dalam resort
Kalau dah ada kat pulau nie
memang aktiviti utama snorkelling je la kan. Dari mula pagi selepas sarapan, masing2 dah
naik boat untuk dibawa ke tempat snorkelling. Memang seronok, ade yang lemas
sebab masuk air dalam mulut, google yang tu memang susah nak biasakan bagi yang first time
pakai. Seharian kami bersnokerling je, dan ronda keliling pulau menaiki boat.
gamat yang boleh kelihatan di dalam air ketika snokerlling
batu yang berbentuk kaki
batu berbentuk ikan paus
batu yang berbentuk penyu
batu berbentuk buaya
Malam tu kami semua makan di
teratak bayu. Memang best , dengan seafood nya. Ikan sume segar2. Ikan bakar
bersambal tu yang paling sedap sekali. Masakan tomyam, dengan air buah lagi,
bulat perot.
Pada hari seterusnya pula, kami
sekeluarga mula menyewa kete , nak ronda satu pulau nie. Banyak tempat menarik yang terdapat di pulau nie.
kota belanda
replika tembok besar cina
Pada setiap petang , semua
pelancong wajib datang di area sunset beach resort kerana pak din , akan bersiul
memanggil burung enggang atau hornbill yang dah lama menetap di pulau ini untuk
diberi makan. Mengikut kebiasaannya burung nie ada dalam 30 ekor , tetapi masa
saya datang tak banyak sangat. Kat sini , kita akan berpeluang untuk memberi
burung ini makan by hand to paruh burung itu.
Pada sape2 yang teringin
untuk melancong ke pulau pangkor ini. Rancang lah dulu jadual tu ,kalau bole
cuti umum tu saya tak galakan , ramai yang datang sini. Nak tggu feri pun beratur
nanti. Sape yang dari Melaka tu takut sesat jalan bole la rujuk peta di sini . bagi
yang teringin nak check in atau mengambil pakej di teluk dalam resort , boleh
rujuk sini.


.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)







.jpg)
No comments:
Post a Comment