Sunday, 24 August 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


walaupun berjiran, kali nie la baru dapat merasa berjalan di daerah muar. selalu busy je. cerita nie dah basi dah tapi nak juga cerita sebab memang tak boleh nak lupakan dari ingatan. kalau dari bandar melaka nie tak sampai setengah jam dah sampai ke muar. muar sememangnya sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Banyak tempat makan menarik dan sedap di Muar yang boleh dicuba. Ada pelbagai makanan di Muar. Antaranya adalah Mee Bandung Muar yang wajib pergi. Selain itu, bagi peminat murtabak, bolehlah cuba murtabak Singapore JD yang mempunyai sos cili yang unik. sampai sahaja disini sangat2 rugi kalau tak rasa mee bandung muar. peergghhh. memang sedap. senak perot makan asyik nak tambah je.

  
Jalan Abdullah, Muar, Johor 84000

Bahagian depan kedai

Gambar mee bandung Abu Bakar Hanifah



Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Selama bertahun-tahun Muar adalah bandar yang kedua terbesar di Johor. Kedudukanya kini iambil alih oleh Batu Pahat. sape yang minat pada seni bina lama nie. bole la pusing bandar muar, terdapat banyak bangunan yang direka dengan reka yang klasik.

Bandar Muar memilikki banyak bangunan bersejarah dan menjadi tarikan kepada para pelancong khususnya yang meminati bidang rekabentuk bangunan.

 Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Selama bertahun-tahun Muar adalah bandar yang kedua terbesar di Johor. Kedudukanya kini iambil alih oleh Batu Pahat.

 Sekiranya anda berkunjung ke bandar ini, pastikan anda mengunjungi Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar
 Sebuah bangunan yang bercirikan neo-klasik ialah Bangunan Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Petrie. Bangunan itu kini dijadikan Pejabat Tanah Muar.
Bangunan Kastam yang terletak di Jalan Maharani dibina dalam tahun 1909. Satu ketika dulu Muar pernah menjadi pusat pelabuhan dan mempunyai terminal keretapi.

pada peminat barangan antik, di muar juga terdapat pasar karat yang menjual pelbagai jenis barangaan antik. saya mula2 datang singgah kat pasar karat nie, sangat teruja dengan barang2 lama nie. terdapat pinggan mangkuk yang harga nya mencecah ratusan ringgit.


 Gerai pakcik Bakar,, otai barang lama, pakcik ni kata dulu dia berniaga kat pasar karat JB,, sekarang tak aktif macam dulu sangat sebab faktor usia ,,,barang barang kat gerai pakcik nii semuanya dasyat,,, , terkesima tengok






selain itu, untuk  bagi yang ingin beriadah , boleh la pergi ke Tanjung Emas yang terbentang berhampiran pesisiran Sungai Muar  .tempat cantik dan indah..menjadi kunjungan setiap masa .pelbagai jenis riadah yang diadakan disini..ada yang berjoging, tai chi, poco2 dan J-robik..selain daripada itu, ianya menjadi lokasi untuk photoshoot utk orang2 yang nak amik gambar kawin. kebanyakkan aktiviti dibuat diDataran Tanjung Emas. kadang2 waktu malam pun ada keluarga yang beriadah bersama atau berehat bersama di dataran ini.






2 comments:

  1. waaa,,,macam cantik jer ,macam comel jer..hehheheh macam nak pergi jer jalan jalan kat sini..agak -agaknya ambil masa berapa lamanya nak pergi sana dari kuim??

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak-agakla kan lebih satu jam perjalanan dari kuim sampai ke bandar muar nie. klau bole laa nanti kita buat trip ke muar miss mawar . dengan kawan yang lain.

      Delete