Sunday, 31 August 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan semangat kemerdekaan di dalam jiwa dan raga. dengan bangga nya saya ingin mencerita kan tentang negeriku sayang melaka bandar raya bersejarah. negeri berteknologi hijau.



peta melaka

mengikut pengalaman saya, kalau ada kawan yang baru saja sampai di melaka buat kali pertama. kalau dah ronda2 melaka, mesti kawan akan cakap negeri melaka bersih dan cantik. betul ke? memang kembang la sekejap kan.

Banyak sangat tempat menarik di melaka nie. walaupun negeri yang agak kecil tapi tak cukup sehari untuk melawat semua tempat di sini.

Antara tempat yang menarik di melaka:

Bangunan bersejarah di Melaka
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Istana Kesultanan Melayu Melaka
Masjid Peringgit
Masjid Tengkera
Bangunan Stadthuys
Muzium Warisan Baba dan Nyonya


Tapak bersejarah di Melaka
Makam Hang Tuah
Makam Tun Teja
Perkuburan Belanda
Makam Hang Jebat
Makam Hang Kasturi
Perigi Hang Li Poh
Makam Sultan Hussein
Perigi Hang Tuah
Perigi Raja
Kota Kuala Linggi
A Famosa
Kota St. John


Tempat agama di Melaka
Masjid Kampung Hulu
Masjid Tengkera
Masjid Kampung Kling
Masjid Al-Azim
Masjid Selat
Masjid Cina
Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi
Kuil Sam Po Kong
Kuil Hang Li Poh
Kuil Cheng Hoon Teng Temple
Gereja Christ
Gereja St. Francis Xavier
Gereja St. Paul
Gereja St. Peter


Tempat bersejarah di Melaka
 Porta De Santiago (Kota A'Famosa)
Persiaran Jonker - Jonker Walk
Kampung Morten / Morten Village
Villa Sentosa
Tanjong Tuan
Kota St. John
Dataran Portugis
Kampung Chitty
Masjid Selat
Melaka Pindah
Kampung Tedong
Kampung Semabok


Muzium di Melaka
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Tuan Yang Terutama
Muzium Islam Melaka
Istana Kesultanan Melaka
Muzium Sejarah dan Ethnografl
Galeri Laksamana Cheng Ho
Muzium Sastera
Muzium Belia Malaysia
Galeri Seni PERZIM
Muzium Rakyat
Muzium Kecantikan
Galeri Layang-layang
Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar)
Muzium Samudera Fasa II
Muzium TLDM
Muzium UMNO
Kapal Ex-KD Sri Terengganu
Muzium Orang Asli, Ayer Keroh
Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah
Muzium Pertanian, Jasin
Muzium Laut
Muzium Warisan Baba dan Nyonya
Muzium Pulau Besar
Muzium Setem Melaka
Muzium Kapal Selam Melaka


Tempat Menarik di Ayer Keroh Melaka
Taman Mini Malaysia
Taman Mini Asean
Zoo Melaka
Taman Burung
Hutan Rekreasi Ayer Keroh
Taman Buaya
Dataran Sejarah
Taman Budaya Melaka
Muzium Orang Asli
Tasik Ayer Keroh
Taman Rama-rama


Tempat Menarik lain di Melaka
Sungai Melaka
Melaka River Cruise
Menara Taming Sari
Dataran Pahlawan
Dataran Sejarah
Dataran Bandaraya
Melaka Sentral
Melaka Monorail
Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang
Taman Rekeraksi dan Air Terjun Gunung Ledang , Asahan
A'Famosa Water World
Melaka Wonderland
dll


Pantai dan Pulau di Melaka
Pantai Klebang
Pantai Tanjung Bidara
Pantai Puteri
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Kundor
Pulau Besar
Pulau Upeh


Tanah tinggi di Melaka
Bukit Cina
Bukit Senjuang
Bukit Asahan


Tarikan Sukan Golf di Melaka
Ayer Keroh Golf & Country Club
A'Famosa Golf Resort
Tiara Melaka Golf & Country Club
Golden Valley Golf & Country Club
Pandanusa Golf Club
Ornaresort Golf & Country Club
Jasin Golf Club


Makanan di Melaka
Asam Pedas
Cencalok
Belacan
Gula Melaka
Dodol
Tapai
Makanan Baba Nyonya
Makanan Masyarakat Chitty
Satay Celup
Nasi Ayam Bebola


Bagi makanan di melaka tu kalau ada yang nak tahu atau nak cadangan restoran asam pedas,masakan baba nyonya dan lain2 yang menjadi pilihan ramai . boleh pm ye.


bagi yang malas nak merancang perjalanan sendiri atau tidak tahu hala tuju bila sampai di melaka. bole la pakai khidmat travel agent klik sini.

Wednesday, 27 August 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Percutian ke pulau pangkor yang sangat cantik, bersih memang memuaskan hati. Mula2 saje planning , big bos pun dah bagi lampu hijau. Jadi lah makna nya kan.. 

peta pulau pangkor

Perjalanan saya ke pulau pangkor dari Melaka mengambil  masa tolak berhenti makan, jalan sesak lagi, 6 jam baru la sampai ke lumut. Sampai je lumut , kereta boleh di letak kan di tempat yang disediakan , memang tempat parking untuk pelancong ke pulau pangkor, rm 10 bagi 24 jam. Siap bertingkat lagi tempat parking nya tu. Turun je lif, pegi jeti  untuk beli tiket feri ke pulau .

tempat letak kereta . bertingkat lagi tu




Naik feri tak de lah padat sangat, sebab setiap feri sudah di hadkan. Takde la main sumbat je, so sume org dapat duduk. Tapi ade juga yang nak berdiri, nak tengok luar . perjalanan naik feri 15 minit dah sampai dah di pulau pangkor. Sampai je sana mula la ramai offer sewa kete, teksi ape sume.

Saya sekeluarga check in di teluk dalam resort, yang berkonsepkan chalet. Harga teluk dalam resort nie murah sikit berbanding resort yang lain disini.Pada hari pertama di sini, kami hanya dapat mencuci mata sahaja di kawasan resort sebab hujan pula malam tu.
kawasan teluk dalam resort


Kalau dah ada kat pulau nie memang aktiviti utama snorkelling je la kan.  Dari mula pagi selepas sarapan, masing2 dah naik boat untuk dibawa ke tempat snorkelling. Memang seronok, ade yang lemas sebab masuk air dalam mulut, google yang tu memang susah nak biasakan bagi yang first time pakai. Seharian kami bersnokerling je, dan ronda keliling pulau menaiki boat.




gamat yang boleh kelihatan di dalam air ketika snokerlling

batu yang berbentuk kaki

batu berbentuk ikan paus

 batu yang berbentuk penyu


batu berbentuk buaya


Malam tu kami semua makan di teratak bayu. Memang best , dengan seafood nya. Ikan sume segar2. Ikan bakar bersambal tu yang paling sedap sekali. Masakan tomyam, dengan air buah lagi, bulat perot.
Pada hari seterusnya pula, kami sekeluarga mula menyewa kete , nak ronda satu pulau nie. Banyak  tempat menarik yang terdapat di pulau nie.
kota belanda

replika tembok besar cina


Pada setiap petang , semua pelancong wajib datang di area sunset beach resort kerana pak din , akan bersiul memanggil burung enggang atau hornbill yang dah lama menetap di pulau ini untuk diberi makan. Mengikut kebiasaannya burung nie ada dalam 30 ekor , tetapi masa saya datang tak banyak sangat. Kat sini , kita akan berpeluang untuk memberi burung ini makan by hand to paruh burung itu.




Pada sape2 yang teringin untuk melancong ke pulau pangkor ini. Rancang lah dulu jadual tu ,kalau bole cuti umum tu saya tak galakan , ramai yang datang sini. Nak tggu feri pun beratur nanti. Sape yang dari Melaka tu takut sesat jalan bole la rujuk peta di sini . bagi yang teringin nak check in atau mengambil pakej di teluk dalam resort , boleh rujuk sini.

Sunday, 24 August 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


walaupun berjiran, kali nie la baru dapat merasa berjalan di daerah muar. selalu busy je. cerita nie dah basi dah tapi nak juga cerita sebab memang tak boleh nak lupakan dari ingatan. kalau dari bandar melaka nie tak sampai setengah jam dah sampai ke muar. muar sememangnya sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Banyak tempat makan menarik dan sedap di Muar yang boleh dicuba. Ada pelbagai makanan di Muar. Antaranya adalah Mee Bandung Muar yang wajib pergi. Selain itu, bagi peminat murtabak, bolehlah cuba murtabak Singapore JD yang mempunyai sos cili yang unik. sampai sahaja disini sangat2 rugi kalau tak rasa mee bandung muar. peergghhh. memang sedap. senak perot makan asyik nak tambah je.

  
Jalan Abdullah, Muar, Johor 84000

Bahagian depan kedai

Gambar mee bandung Abu Bakar Hanifah



Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Selama bertahun-tahun Muar adalah bandar yang kedua terbesar di Johor. Kedudukanya kini iambil alih oleh Batu Pahat. sape yang minat pada seni bina lama nie. bole la pusing bandar muar, terdapat banyak bangunan yang direka dengan reka yang klasik.

Bandar Muar memilikki banyak bangunan bersejarah dan menjadi tarikan kepada para pelancong khususnya yang meminati bidang rekabentuk bangunan.

 Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Selama bertahun-tahun Muar adalah bandar yang kedua terbesar di Johor. Kedudukanya kini iambil alih oleh Batu Pahat.

 Sekiranya anda berkunjung ke bandar ini, pastikan anda mengunjungi Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar
 Sebuah bangunan yang bercirikan neo-klasik ialah Bangunan Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Petrie. Bangunan itu kini dijadikan Pejabat Tanah Muar.
Bangunan Kastam yang terletak di Jalan Maharani dibina dalam tahun 1909. Satu ketika dulu Muar pernah menjadi pusat pelabuhan dan mempunyai terminal keretapi.

pada peminat barangan antik, di muar juga terdapat pasar karat yang menjual pelbagai jenis barangaan antik. saya mula2 datang singgah kat pasar karat nie, sangat teruja dengan barang2 lama nie. terdapat pinggan mangkuk yang harga nya mencecah ratusan ringgit.


 Gerai pakcik Bakar,, otai barang lama, pakcik ni kata dulu dia berniaga kat pasar karat JB,, sekarang tak aktif macam dulu sangat sebab faktor usia ,,,barang barang kat gerai pakcik nii semuanya dasyat,,, , terkesima tengok






selain itu, untuk  bagi yang ingin beriadah , boleh la pergi ke Tanjung Emas yang terbentang berhampiran pesisiran Sungai Muar  .tempat cantik dan indah..menjadi kunjungan setiap masa .pelbagai jenis riadah yang diadakan disini..ada yang berjoging, tai chi, poco2 dan J-robik..selain daripada itu, ianya menjadi lokasi untuk photoshoot utk orang2 yang nak amik gambar kawin. kebanyakkan aktiviti dibuat diDataran Tanjung Emas. kadang2 waktu malam pun ada keluarga yang beriadah bersama atau berehat bersama di dataran ini.






Sunday, 17 August 2014


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,



entry kali nie saya ingin menceritakan pengalaman saya berkelah di port dickson. perjalanan ke port dickson dari rumah pun baru 45mnit ,so takde la nak bermalam kat sini, dapat la jimat duet dari check in hotel. pantai teluk kemang memang popular di negeri sembilan. setiap hari ade saje pengunjung, hari cuti memang ramai la kan. nak mandi pantai pon sempit dah. kat tepi pantai nie memang banyak aktiviti.




aktiviti yang famous sekali kat pantai nie adalah banana boat. banana boat adalah aktiviti yang umum , sebab semua golongan boleh mencuba nya . memang best laa. saya naik yang harge rm15 tiga kali jatuh . mase pemandu boat jatuhkan yang gempak tu, masing2 tercampak. pening kepala air masuk telinga. selain itu , aktiviti pelampung Storm ada di pantai teluk kemang ini. saya rasa di melaka takde lagi benda ni. pelampung Storm harus diberi kredit kerana ia sememangnya menyeronokkan! tak percaya bole cuba. rasa macam tertinggal badan kat belakang sebab ia ditarik menggunakan boat laju. aktiviti paling mewah sekali di pantai nie, adalah jet ski. harge menyewa jet ski adalah rm150 setiap isian minyak penuh dalam tangki. mahal kan. saya pun tak merasa lagi nak bawa jet ski nie.









di pantai teluk kemang juga ada banyak gerai dan kedai kecil yang menjual macam macam barangan , semua ade di sini , kalah Tesco. mane yang tertinggal seluar mandi tu. bole je beli di gerai , jangan risau. bermacam  jenis makanan yang dijual di pantai nie. memang sentiasa ramai dengan pelanggan. masing2 lapar duduk tepi pantai kan. mane pelancong yang jauh tu , kat pantai nie juga terdapat pelbagai kraftangan untuk dibeli membuat kenangan.




di port dickson , selain beriadah di tepi pantai. terdapat juga tempat2 untuk di lawat. antara tempat pilihan adalah muzium tentera darat. untuk ke muzium tentera darat hanya mengambil masa 10mnit sahaja dari pantai teluk kemang. Masuk dalam kawasan Muzium Tentera Darat Port Dickson, dah boleh nampak deretan meriam dan kereta perisai yang pernah digunakan oleh Tentera Darat suatu ketika dulu.










Port dickson, satu tempat yang popular di Malaysia. setiap hari cuti sentiasa penuh dengan pelancong. tak pernah putus dengan pelancong. Mana yang jauh dari port dickson, di sini memang terdapat banyak hotel2 yang cantik. kalau nak datang hari cuti umum , booking la cepat2. senarai hotel di port dickson boleh lihat di sini.

Tuesday, 12 August 2014

Pada cuti pertengahan tahun yang lalu, dengan berbaki kan cuti semester yang ade. bagi menghabiskan cuti yang ade , saya dan keluarga dari kampung halaman di Machang, kelantan pergi bercuti ke negeri cantik budaya menarik iaitu terengganu. dari machang kami bertolak petang , sampai di terangganu hampir senja dah. Dengan adenya sifat ingin mencipta pengalaman baru pada keluarga saya. kami lebih memilih untuk check in di houseboat di tasik kenyir. huh... memang sempoi la houseboat dia, jimat pula tu. sape yang ade mabuk air , tak bole ade goyang2 skit. jangan lah ke sini, sbab houseboat nie memang ade goyang2 sikit. terapung atas air kan.

 bos besar di kawasan houseboat.

selepas rehat makan sume, kami masing2 dah gatal kaki tak boleh dduk diam. lokasi pertama pada malam pertama di  kuala terengganu ialah masjid kristal. masjid kristal ini terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man di tepi tebing Sg Trgnu. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet  bagi membaca al-Quran elektronik. Masjid ni ada 2 ruang iaitu ruang solat n ruang pelawat utk melawat dlm kwsn itu. Pada waktu malam,  kristal di masjid ni akan btukar bbrpa wrna spt merah, kuning n hijau yg menggunakan lampu berlainan wrna. Lampu hiasan menggunakan solar panel dan juga diod (L.E.D). Selain  itu, mempunyai  21 replika monumen Islam di Taman Tamadun Islam ini termasuk Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Taj Mahal. Kalau nk masuk tengok monumen replika ni perlu bayar RM 15.  apabila smpai kt masjid kristal ni pengunjung boleh berjalan kaki menikmati persekitaran yg nyaman n cantik serta bgmbar dgn menyusuri laluan pejalan kaki. Memang mengangumkan laa, gayat la juga kan , first time datang sini.




 bos besar berada di hadapan masjid kristal

permandangan Masjid kristal pada waktu malam

Keesokan harinya, kemas barang terus check out dari houseboat. sekali sekala dah ade di terengganu, kami pergi ke tasik kenyir untuk rasa angin pagi di tasik itu. Di kawasan tasik itu juga kami bersarapan. sarapaan saje dah kena ikan masak stim , memang sedap la kan. lepas je isi perot, kami bertolak ke kuala terangganu. di terenganu kawasan pantai semua cantik2, sebab tu la ramai yang melancong ke sini. kami juga turut menyinggah di pantai kuala terengganu berjalan skejap ke sini . dengan kawasan yang cantik , pasir pantai yang putih bersih terdapat banyak aktiviti pantai di sini.


 big boss posing di tasik kenyir
big boss menaiki kereta kuda di pantai kuala terengganu

adik bermain layang2 yang tak naik2

kalau dah sampai kuala terengganu, memang rugi kalau tak pergi membeli belah di pasar payang.Pasar Payang merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Kuala Terengganu dan mana-mana pelancong yang singgah di sini wajib ke Pasar Payang. Jika tidak percutian mereka diibaratkan sebagai tidak lengkap.Pasar dalam bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional masyarakat Terenggau seperti kain batik, kain sutera dan songket hasil tenunan tangan. Harga semua murah je kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Bukan setakat kain batik atau pelbagai jenis tudung seperti yang orang luar selalu cakap, di pasar ini juga turut dijual barang mentah seperti ikan serta sayur-sayuran segar. Namun premisnya terletak di tingkat yang berbeza untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan . Tetapi Pasar Payang juga terkenal dengan keropok lekor serta buah-buahan segar. keropok lekor yang mentah tu , harge nya 3 batang rm1. kalau goreng satu keluarga bole makan. mane nak dapat harge macam tu kat melaka.

 suasana di dalam payar payang kuala terengganu
pasar payang kuala terengganu



lepas penat berjalan di kuala terengganu. kami sekeluarga pon pulang terus ke melaka. sape yang belom sampai lagi ke terengganu, saya syorkan . pergi laa. memang tak rugi. balik dari terengganu inysaAllah senyum je sampai rumah. Bagi yang nak merasai atau menggunakan perkhidmatan house boat tu , boleh la booking di sini. sape yang ingin merancan percutian di terengganu tapi takut sesat jalan , boleh juga refer pada travel agent klik sini